Petikan Khutbah Jumaat "Suara Merdeka"
26 Ogos 2011 / 26 Ramadhan 1432H
" Marilah kita soroti sebuah hadis yang menceritakan hakikat kemerdekaan
sebenar sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam alTirmizi daripada Abu
Hurairah R.A, sabda Rasulullah S.A.W :
ِ
Bermaksud : “Apabila menjelang malam pertama Ramadhan, dibelenggu segala
syaitan dan jin, ditutup pintu-pintu neraka tanpa satupun dibuka, dibuka pintupintu
syurga tanpa satu pun ditutup. Lalu berteriak seorang penyeru, “Wahai
orang yang inginkan kebaikan, tampillah. Wahai orang yang inginkan kejahatan,
berundurlah, dan Allah memerdekakan ramai manusia dari azab neraka. Hal
yang sedemikian ini berlaku di setiap malam (Ramadhan).”
Inilah kemerdekaan sebenar, merdeka dan bebas dari belenggu azab neraka Allah di akhirat. Inilah juga kemuncak kemerdekaan yang diimpikan oleh seluruh umat Islam yang beriman dengan Allah dan hari akhirat.
Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Di atas keyakinan bahawa kita perlu mencapai kemerdekaan sebenar di akhirat, kita perlu berusaha memastikan perjalanan hidup kita di dunia ini membawa kita untuk sampai kepada matlamat tersebut.
Bersama dengan laungan dan semangat merdeka, marilah kita sematkan di dalam diri kita keazaman yang tinggi untuk meraih kemerdekaan sebenar!
Berusahalah untuk hidup berpandukan syariat demi menjamin kebahagian di dunia dan di akhirat.!
Tunaikan semua kewajipan agama dan tinggalkan segala kemungkaran dan dosa.!
Tunaikan semua kewajipan agama dan tinggalkan segala kemungkaran dan dosa.!
Yakinlah bahawa Islam yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W adalah ajaran yang cukup jelas, sempurna dan mampu menunjukkan kita jalan kebahagiaan yang bakal menganugerahkan kita kemerdekaan yang kita diimpikan....!"
No comments:
Post a Comment