Thursday 18 July 2013

KPN RAI ANAK-ANAK YATIM


6.30 ptg : Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat : Pimpinan Insp. Ridhuwan Bin Zaini


7.00 mlm : Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim oleh YDH Ketua Polis Negara dan Pengerusi PERKEP Malaysia...
 


Solat Maghrib Berjemaah

Majlis Berbuka Puasa




 Lihat Album Majlis Kesyukuran KPN & Berbuka bersama Anak-anak Yatim


Monday 8 July 2013

Borang Penyertaan Ihya' Ramadhan &Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa



Sepanjang Bulan Ramadhan ini, Masjid Bukit Aman akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan yang diantaranya adalah Majlis Bacaan Tahlil, Tadarus, Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa yang memerlukan sokongan daripada Ahli Jemaah.
muat turun di sini : >  borang ihya' Ramadhan
Borang Penyertaan Ihya' Ramadhan juga boleh diambil di Pejabat Imam Masjid Bukit Aman.


Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa

Hadith :

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.(At-Tirmidzi)


Peluang ni Peluang !!!
Pihak Masjid membuka Penajaan Bubur Lambuk .Tajaan bagi satu (1) periuk besar Bubur Lambuk adalah RM 600 sahaja. Tiada had minima ditetapkan. Dianggarkan sebanyak 400 mangkuk bubur boleh terhasil daripada 1 periuk yang ditaja, yang mana akan diedar secara percuma sepanjang Bulan Ramadhan di MBA selepas Solat Asar / Jam 5.30 Petang.


Borang-borang yang lengkap dikehendaki dihantar kepada Bendahari Jawatankuasa Pentadbir,  di Pejabat Imam Masjid Bukit Aman.
No. akaun Bank Islam : 14023010026743
Nama Akaun : Masjid Bukit Aman


Sekiranya sumbangan  berbentuk cek hendaklah ditulis atas nama Masjid Bukit Aman.

Sila emelkan resit/slip kepada (imran_h@rmp.gov.my) sekiranya sumbangan tuan / puan dibuat melalui pindahan atas talian (online) atau mesin deposit tunai (cash deposit machine

  
 

keterangan lanjut : hubungi Bendahari MBA :> En.Imran Hashim 013.4888.235

Friday 5 July 2013

Sekitar Program Ceramah "Ramadhan Datang Lagi"

lihat : >   Album Majlis ''Ramadhan Datang Lagi..''

BUKIT AMAN, 5 JULAI – Bersempena Ramadhan yang bakal menjelang, Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman dengan kerjasama Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman telah mengadakan ceramah agama bertajuk ‘Ramadhan Datang Lagi’ di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.

Penceramah jemputan khas, Y.Bhg Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al-Hafiz telah menjayakan program ini dan intipati ceramah keseluruhannya menyentuh berkenaan penghayatan serta amal ibadat sepanjang Bulan Ramadhan ini.