Wednesday 31 August 2011

"Kemenangan Abadi"

Kesimpulan Khutbah Aidilfitri Bertajuk Kemenangan Abadi
30 Ogos 2011 / 1 Syawwal 1432 ialah:

Pertama: Aidilfitri merupakan hari kita kembali kepada fitrah. Kekalkanlah disiplin
yang dipupuk sewaktu Ramadan supaya kita menjadi insan yang mulia.

Kedua: Amalan membazir amat ditegah oleh Allah SWT. Berpada-padalah
apabila makan dan berbelanja ketika menyambut Aidilfitri.

Ketiga: Jagalah pemakanan kita bagi menjamin kesihatan. Janganlah kita
mengikut nafsu ketika makan kerana ia akan hanya memudaratkan tubuh badan
kita.

Maksud Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hujurat, ayat 13:
 “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra
antara satu dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah
ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan
atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Saturday 27 August 2011

"Suara Merdeka"


Petikan Khutbah Jumaat "Suara Merdeka"
26 Ogos 2011 / 26 Ramadhan 1432H
" Marilah kita soroti sebuah hadis yang menceritakan hakikat kemerdekaan
sebenar sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam alTirmizi daripada Abu
Hurairah R.A, sabda Rasulullah S.A.W :
ِ
 
Bermaksud : “Apabila menjelang malam pertama Ramadhan, dibelenggu segala
syaitan dan jin, ditutup pintu-pintu neraka tanpa satupun dibuka, dibuka pintupintu
syurga tanpa satu pun ditutup. Lalu berteriak seorang penyeru, “Wahai
orang yang inginkan kebaikan, tampillah. Wahai orang yang inginkan kejahatan,
berundurlah, dan Allah memerdekakan ramai manusia dari azab neraka. Hal
yang sedemikian ini berlaku di setiap malam (Ramadhan).”

Inilah kemerdekaan sebenar, merdeka dan bebas dari belenggu azab neraka Allah di akhirat. Inilah juga kemuncak kemerdekaan yang diimpikan oleh seluruh umat Islam yang beriman dengan Allah dan hari akhirat.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,
Di atas keyakinan bahawa kita perlu mencapai kemerdekaan sebenar di akhirat, kita perlu berusaha memastikan perjalanan hidup kita di dunia ini membawa kita untuk sampai kepada matlamat tersebut.

Bersama dengan laungan dan semangat merdeka, marilah kita sematkan di dalam diri kita keazaman yang tinggi untuk meraih kemerdekaan sebenar!

Berusahalah untuk hidup berpandukan syariat demi menjamin kebahagian di dunia dan di akhirat.!
Tunaikan semua kewajipan agama dan tinggalkan segala kemungkaran dan dosa.! 
Yakinlah bahawa Islam yang ditinggalkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W adalah ajaran yang cukup jelas, sempurna dan mampu menunjukkan kita jalan kebahagiaan yang bakal menganugerahkan kita kemerdekaan yang kita diimpikan....!"

Monday 22 August 2011

Sambutan Nuzul al-Quran



ALHAMDULILLAH, PROGRAM INI TELAH SELAMAT DIADAKAN DENGAN JAYANYA DI
MASJID BUKIT AMAN
JALAN CENDERASARI 50480 KUALA LUMPUR


20 Ogos 2011
10.00 Pagi-4.00 Petang
GOTONG ROYONG MEMASAK
ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK BUKIT AMAN


6.50 Petang
QASIDAH BURDAH IMAM AL-BUSAIRI
ALUNAN PELAJAR-PELAJAR KAFA INTEGRASI BUKIT AMAN.

7.25 Malam
IFTOR JAMA'EI
ANJURAN PERSATUAN PENDUDUK BUKIT AMAN

10.00 Malam
AL-QURAN DARI PERSPEKTIF SAINS
PROF. MADYA DR. ARIP KASMO ( UKM )

21 Ogos 2011

4.00 Pagi
QIAMULLAIL & KULIAH SUBUH :
PIMPINAN USTAZ ZAINUDDIN ABDUL RAHMAN
( MENGGANTIKAN USTAZ SHAHRIZAN BIN DAUD )

Moreh & Sahur juga telah disediakan.

PIHAK MASJID MENGUCAPKAN PENGHARGAAN YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA PIHAK YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI.

Thursday 4 August 2011

Kesilapan Kerap Muslim Dalam Bulan Ramadhan

Objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).
Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.
Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة
Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
4) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.
5) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
6) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
7) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
8) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
9) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)
10) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
11) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Ertinya :  menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak"  (Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Sekian
Oleh: Dr. Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net

Tuesday 2 August 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia Tahun 2011


Bukit Aman, 29 Julai 2011 - Majlis Tilawah Al-Quran 
Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia Tahun 
2011  telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid 
Bukit Aman bermula dari 28 hingga 29 Julai 2011.
Majlis Perasmian Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat
Kebangsaan Polis Diraja Malaysia Tahun 2011 telah 
disempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji 
Omar, Ketua Polis Negara pada pagi ini.
"Saya mengharapkan agar tilawah ini akan membawa 
implikasi positif terhadap pembangunan integriti 
di kalangan setiap warga PDRM, menjadi warga PDRM 
yang beriman yang melaksanakan amanah 
dengan ikhlas dan bertanggungjawab," ujar YDH Tan Sri 
Haji Ismail bin Haji Omar dalam ucapannya di majlis 
tersebut.

Seramai 16 qari dan 12 qariah telah memperdengarkan 
bacaan yang diadili jemaah hakim yang dipengerusikan 
oleh Y.Bhg. Sohibul Fadhilah Ustaz Azizan bin Shaari, 
Ketua Penolong Pengarah (Agama) Bahagian Agama 
dan Kaunseling (BAKA) PDRM. Penilaian markah-markah 
telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Tajwid, 
Fasohah,Tarannum dan Suara.
Johan Qari telah disandang oleh Sjn Hj Mohamad 
Rozi bin Dato' Hj Tarmizi yang mewakili Kontinjen 
Kelantan, manakala Johan Qariah telah disandang 
oleh Puan Hajah Sabariah Bt Abdul Hamid yang 
mewakili Kontinjen Kedah. 

Kedua-dua johan membawa pulang hadiah wang 
tunai berjumlah RM3000 seorang bersama trofi serta 
serta hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Dalam majlis ini juga, Piala Pusingan Tilawah yang 
lama telah diserahkan kepada Muzium Polis Diraja 
Malaysia untuk dijadikan bahan pameran.
Turut hadir YDH Datoメ Seri Khalid Bin Abu Bakar, 
Timbalan Ketua Polis Diraja Malaysia, YDH SAC 
Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah 
Pengurusan Agama dan Kaunseling (BAKA), 
YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, 
barisan Jemaah Hakim, Pegawai Kanan Polis 
dan Anggota Polis serta kakitangan awam 
Polis Diraja Malaysia.


Johan Qari dan Johan Qariah Tilawah Al-Quran 

Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia Tahun
2011 bersama hadiah yang dimenangi.


YDH Tan Sri Ismail Bin Haji Omar menyerahkan 

Piala Pusingan Tilawah lama kepada YDH SAC Dato' 
Dr. Hashim bin Haron untuk diserahkan kepada 
Muzium Polis Diraja Malaysia untuk dijadikan bahan 
pameran.

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Shareel bin SharimanPenyunting 
: L/Kpl Edwind Indo