Tuesday 14 May 2013

info & Borang PROGRAM REMAJA TRANFORMASI REMAJA MUSLIM

Borang Penyertaan

PROGRAM REMAJA
TRANFORMASI REMAJA MUSLIM
“MENJANA KECEMERLANGAN INSAN”

Peraturan / Syarat Penyertaan
1.         Program Kem Remaja ini adalah 3 hari 2 malam
2.         Penyertaan adalah terhad kepada 100 orang.
3.         Terbuka kepada remaja warganegara Malaysia ISLAM yang sihat.
4.         Umur 13 – 17 tahun sahaja.
5.         Lelaki / Perempuan
6.         Yuran Penyertaan RM60.00 seorang.
7.         Sila bawa pakaian sukan secukupnya, pakaian solat, dan keperluan peribadi yang lain.
8.         Barang-barang berharga seperti emas, handphone canggih adalah dilarang dibawa semasa program dijalankan.
9.         Disiplin yang kuat diutamakan semasa kem dijalankan. Merokok atau berpakaian yang tidak sesuai adalah dilarang sama sekali.
10.       Peserta akan diberi sijil penyertaan pada akhir kem.

Monday 13 May 2013

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA PRU 13

Setelah Pilihan Raya Umum Ke 13 telah berlangsung dengan jayanya tanpa ada insiden yang menggugat keselamatan negara secara amnya. Masjid Bukit Aman telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Kesyukuran anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman.

Majlis diadakan tanda kesyukuran di atas kejayaan pegawai dan anggota PDRM dalam mengendalikan proses pilihan raya dengan lancar pada Ahad lepas.

Majlis bermula selepas solat Maghrib dan menyaksikan kehadiran YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan isteri, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, Ketua-ketua Jabatan PDRM, Pegawai-pegawai PDRM, anggota serta kakitangan awam. 


Gambar sekitar majlis