Friday 6 December 2013

Kem Cuti Sekolah





YURAN RM 20.00 SAHAJA

KHAS UNTUK ANAK-ANAK KAKITANGAN PDRM BUKIT AMAN DAN JAWI kl
BERUSIA 10 - 17 TAHUN
TEMPAT TERHAD.

ANTARA PENGISIAN:
-Solat Tanda Bahagia-Smart Al-Quran-Mudah Tajwid-Psikologi Remaja-Teknik Wudhu dan Mandi Wajib-Teknik Mandi Jenazah, Kafan Jenazah & Solat Jenazah-Aktiviti Luar-Smart Solat-Smart Akhlak-

Program bermula dari jam 8.00 Pagi Sehingga 5.30 Petang (tidak bermalam)
Mulai Hari Isnin (9 Dis 2013) Sehingga Khamis (12 Dis 2013)
Jamuan Makan Disediakan( Sarapan, Makan Tengahari )
Hubungi Insp Muaz di talian 013-3574533

Borang online turut disediakan di ruangan terbawah blog ini.

Wednesday 27 November 2013

MARI BERQIAMULLAIL:


Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM Bukit Aman dengan kerjasama Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman akan mengadakan Program Jom Qiamullail seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 30 November 2013 (Sabtu)

Masa:
3.40 pagi
- Kehadiran peserta

4.00 pagi
- Solat Sunat Tahajjud
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Witir

5.46 pagi
- Solat Subuh
- Tazkirah Subuh
- Sarapan Pagi dan Bersurai

Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur

Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

*Kelebihan Qiamullail

-Dimakbulkan doanya dan masin perkataan
-Tenang hati dan fikirannya
-Dimurahkan rezeki-Dihormati masyarakat
-Dilindungi Allah daripada khianat manusia
-Jika dia pemimpin, dia akan disegani
-Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).

Wednesday 25 September 2013

Program Celik Muamalah

Jangan lepaskan peluang! Dipersilakan kepada sesiapa yang berkelapangan untuk menghadiri Majlis Ilmu ini yang bertempat Di Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur pada 11 Oktober 2013 (Jumaat) Jam 11.30 pagi 1.00 petang, yang akan disampaikan oleh YBhg. Dr. Zaharuddin Abd. Rahman (Fellow Dakwah YADIM).



Wednesday 28 August 2013

Seminar Pemantapan Keluarga Tahun 2013


27 Ogos 2013 (Selasa) - Berlangsung Program Seminar Pemantapan Keluarga Tahun 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur. Anjuran Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur. Dengan Kerjasama Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM Bukit Aman.


OBJEKTIF SEMINAR:

* Meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menghayati agama di dalam sesebuah keluarga bagi membentuk sebuah keluarga yang cemerlang dan harmoni.

* Memberikan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan sebuah keluarga di dalam melawan arus globalisasi bagi membentuk negara yang cemerlang dan terbilang.

* Memberikan penerangan tentang peranan setiap individu di dalam sesebuah keluarga sebagai satu institusi.


ATURCARA:

8.00 pagi: Pendaftaran & srapan pagi

8.45 pagi: Ceramah 1
"Mahligai Kasihku Bahagia"
Oleh: YBhg. Ustazah Zawiyah binti Hassan
Pendakwah Bebas
: Sesi Soal Jawab

10.45 pagi: Rehat

11.00 pagi: Ceramah 2
"Suami Dambaan Isteri dan Isteri Dambaan Suami"
Oleh: YBhg. Ustaz Che Hashim bin Said
Pendakwah Bebas
: Sesi Soal Jawab

1.00 tengahari: Makan Tengahari & Solat Zohor

2.00 - 4.00 petang: Ceramah 3
"Cara Mengatasi Konflik Rumahtangga"
Oleh: YBhg. Ustaz Alwi bin Parman
Pendakwah Bebas

4.00 petang: Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Sijil
Oleh: YBhg. Ustazah Kamariah binti Abdullah
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

4.30 petang: Minum Petang dan Bersurai


gambar sekitar program 

Tuesday 6 August 2013

Ampuni Kami Ya Allah..Ampuni Kami Ya Allah


Get more Eid:Click here


تـقبل الله منا ومنـكم صالح الأعمال
Moga Allah menerima amalan soleh kami  dan kamu semuanya

Thursday 18 July 2013

KPN RAI ANAK-ANAK YATIM


6.30 ptg : Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat : Pimpinan Insp. Ridhuwan Bin Zaini


7.00 mlm : Majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim oleh YDH Ketua Polis Negara dan Pengerusi PERKEP Malaysia...
 


Solat Maghrib Berjemaah

Majlis Berbuka Puasa




 Lihat Album Majlis Kesyukuran KPN & Berbuka bersama Anak-anak Yatim


Monday 8 July 2013

Borang Penyertaan Ihya' Ramadhan &Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa



Sepanjang Bulan Ramadhan ini, Masjid Bukit Aman akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan yang diantaranya adalah Majlis Bacaan Tahlil, Tadarus, Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa yang memerlukan sokongan daripada Ahli Jemaah.
muat turun di sini : >  borang ihya' Ramadhan
Borang Penyertaan Ihya' Ramadhan juga boleh diambil di Pejabat Imam Masjid Bukit Aman.


Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa

Hadith :

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.(At-Tirmidzi)


Peluang ni Peluang !!!
Pihak Masjid membuka Penajaan Bubur Lambuk .Tajaan bagi satu (1) periuk besar Bubur Lambuk adalah RM 600 sahaja. Tiada had minima ditetapkan. Dianggarkan sebanyak 400 mangkuk bubur boleh terhasil daripada 1 periuk yang ditaja, yang mana akan diedar secara percuma sepanjang Bulan Ramadhan di MBA selepas Solat Asar / Jam 5.30 Petang.


Borang-borang yang lengkap dikehendaki dihantar kepada Bendahari Jawatankuasa Pentadbir,  di Pejabat Imam Masjid Bukit Aman.
No. akaun Bank Islam : 14023010026743
Nama Akaun : Masjid Bukit Aman


Sekiranya sumbangan  berbentuk cek hendaklah ditulis atas nama Masjid Bukit Aman.

Sila emelkan resit/slip kepada (imran_h@rmp.gov.my) sekiranya sumbangan tuan / puan dibuat melalui pindahan atas talian (online) atau mesin deposit tunai (cash deposit machine

  
 

keterangan lanjut : hubungi Bendahari MBA :> En.Imran Hashim 013.4888.235

Friday 5 July 2013

Sekitar Program Ceramah "Ramadhan Datang Lagi"

lihat : >   Album Majlis ''Ramadhan Datang Lagi..''

BUKIT AMAN, 5 JULAI – Bersempena Ramadhan yang bakal menjelang, Bahagian Agama Dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman dengan kerjasama Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman telah mengadakan ceramah agama bertajuk ‘Ramadhan Datang Lagi’ di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.

Penceramah jemputan khas, Y.Bhg Al Fadhil Ustaz Mohd Kazim Bin Elias Al-Hafiz telah menjayakan program ini dan intipati ceramah keseluruhannya menyentuh berkenaan penghayatan serta amal ibadat sepanjang Bulan Ramadhan ini.  

Tuesday 14 May 2013

info & Borang PROGRAM REMAJA TRANFORMASI REMAJA MUSLIM

Borang Penyertaan

PROGRAM REMAJA
TRANFORMASI REMAJA MUSLIM
“MENJANA KECEMERLANGAN INSAN”

Peraturan / Syarat Penyertaan
1.         Program Kem Remaja ini adalah 3 hari 2 malam
2.         Penyertaan adalah terhad kepada 100 orang.
3.         Terbuka kepada remaja warganegara Malaysia ISLAM yang sihat.
4.         Umur 13 – 17 tahun sahaja.
5.         Lelaki / Perempuan
6.         Yuran Penyertaan RM60.00 seorang.
7.         Sila bawa pakaian sukan secukupnya, pakaian solat, dan keperluan peribadi yang lain.
8.         Barang-barang berharga seperti emas, handphone canggih adalah dilarang dibawa semasa program dijalankan.
9.         Disiplin yang kuat diutamakan semasa kem dijalankan. Merokok atau berpakaian yang tidak sesuai adalah dilarang sama sekali.
10.       Peserta akan diberi sijil penyertaan pada akhir kem.