Tazkirah



TUBUH BADAN MENJADI SAKSI
 

Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Lihatlah bagaimana mereka berdusta
terhadap diri mereka sendiri, dan bagaimana hilang
lenyapnya daripada mereka apa yang telah mereka adaadakan
(sebagai sekutu Allah) itu.”
(al-An’am: 24)
 

HURAIAN
Ayat ini menerangkan tentang keadaan orang kafir yang
menyekutukan Allah selepas dibangkitkan di Padang Mahsyar
kelak. Apabila tersepit mereka cuba berdalih dengan berdusta
bahawa mereka tidak mensyirikkan Allah setelah dikemukakan
bukti yang terdiri daripada anggota tubuh badan mereka sendiri
maka pendustaan mereka menjadi sia-sia dan hanya menipu diri
sendiri. Bahan-bahan sembahan dan sekutu mereka juga tidak
dapat membantu, yang tinggal hanyalah penyesalan yang sia-sia
dan tidak bermakna lagi.
Ini menunjukkan betapa Maha Adil dan Maha Berkuasa-Nya
Allah SWT pada hari kebangkitan nanti. Tiada sesiapa yang boleh
menipu Allah sebagaimana tiada sesiapa yang akan dizalimi-Nya.
Yang penting, setiap insan akan bertanggungjawab di hadapan
Allah SWT terhadap segala amal perbuatan dan tutur katanya
ketika di dunia. Tiada gunanya sebarang dalih dan alasan kerana
pembuktian daripada anggota tubuh badan sendiri tiada sesiapa
yang dapat menahannya. Justeru kita perlu memperbetulkan
amalan kita dan menjaga setiap gerak-geri dan tutur kata agar
sentiasa bertepatan dengan kehendak syariat Islam.

Alangkah baik sekiranya segala anggota tubuh badan kita
menjadi bukti ketaatan kepada Allah di Padang Mahsyar kelak
daripada menjadi bukti atas kesyirikan, kemaksiatan dan
kemungkaran kita terhadap Allah SWT. Sentiasa berhati-hati dan
memastikan setiap tindakan serta amalan menepati suruhan dan
perintah Allah SWT adalah bekalan terbaik sebelum bertemu
Allah SWT pada hari kebangkitan.
 

KESIMPULAN
Tiada guna sebarang alasan dan dalih apabila berhadapan dengan
pengadilan Allah SWT. Setiap anggota tubuh badan akan menjadi
bukti kepada pembelaan atau penentangan ke atas diri kita.
Sewajarnya kita menjaga segala tingkah laku dan tutur kata agar
sentiasa menepati bekalan yang dapat membantu pada hari
pengadilan Allah SWT.

_________________________________________


ANAK SUATU ANUGERAH ALLAH SWT

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang

dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah

mukanya sepanjang hari (kerana menanggung dukacita),

sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati.”

(an-Nahl: 58)


HURAIAN

Al-Quran telah menunjukkan gambaran tentang sikap buruk orang

Arab Jahiliah yang apabila dikurniakan anak perempuan mereka

merasa terlalu dukacita sehingga ternampak kemurungan di wajah

masing-masing. Mereka memendam perasaan marah dan dukacita

seolah-olah anak perempuan itu membawa kecelakaan kepada

keluarga mereka. Anak perempuan juga adalah kurniaan Allah SWT

seperti anak lelaki. Mengapa mereka berdukacita, sedangkan

mereka sendiri tidak berkuasa untuk menentukan jantina anak

di dalam rahim ibu, apatah lagi untuk meniupkan roh ke dalam

janin.


Dengan hanya mengenangkan hayat seorang insan yang

berkembang subur dengan keizinan Allah daripada setitis nutfah

kepada seorang manusia sempurna sudah cukup untuk kita

menyambut bayi yang lahir itu dengan penuh kegembiraan, walau

apa pun jantinanya. Oleh itu, tidak seharusnya orang yang

disampaikan berita kelahiran anak perempuan itu menjadi dukacita

dan menyembunyikan dirinya daripada orang ramai setelah

menerima berita itu, sedangkan dia tidak pernah mencipta dan


membentuk rupa bayi itu, malah dia hanya merupakan alat kudrat

Ilahi dalam proses kelahiran mukjizat yang gemilang itu.

Hikmat Allah dan peraturan hidup telah menentukan bahawa

anak itu adalah terjadi daripada pasangan lelaki dan perempuan.

Oleh itu, perempuan merupakan unsur utama di dalam peraturan

hidup sama seperti lelaki juga, malah peranan perempuan lebih

besar lagi kerana merupakan wadah perkembangan dan

pertumbuhan bayi.


KESIMPULAN

Sebagai hamba yang lemah, kita hendaklah menerima anugerah

Allah SWT sama ada anak lelaki mahupun perempuan. Keduaduanya

adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Anak lelaki atau

perempuan masing-masing mempunyai peranan kerana tanpa

kedua-duanya tidak akan wujud generasi manusia yang akan

memakmurkan bumi ini. Bahkan peranan wanita itu sangat besar

dalam menempatkan atau mengandung bayi sebelum ia menjadi

seorang manusia sama ada ia lelaki atau perempuan. Oleh sebab

itu sikap dukacita atau bimbang menerima kelahiran anak

perempuan adalah cetusan sikap yang tidak bersyukur dengan

segala bentuk pemberian Allah.
 
__________________________________________


JANGAN NAFIKAN KEBENARAN


Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan mereka berkata: Hati kami dalam
tutupan yang berlapis-lapis (menghalang kami) daripada
memahami apa yang engkau serukan kami kepadanya, dan
pada telinga kami penyumbat (menjadikan kami tidak
dapat mendengarnya), serta di antara kami denganmu ada
sekatan (yang memisahkan fahaman kita); oleh itu,
bekerjalah engkau (untuk agamamu), sesungguhnya kami
juga tetap bekerja (untuk mempertahankan kepercayaan
kami)! ”
(Fussilat: 5)



HURAIAN
Islam ialah agama yang hak dan benar. Al-Quran telah diturunkan
sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dengan membawa khabar
gembira kepada orang-orang yang beriman dan amaran seksaan
api neraka bagi mereka yang ingkar kepada suruhan-Nya. Justeru,
diutuskan junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk
berdakwah dan menyeru umat manusia supaya beriman kepada-
Nya. Sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran, kita diseru
mempelajari dan memahami isi al-Quran bertujuan memantapkan
lagi keimanan kita kepada Allah SWT.
Walaupun penyebaran Islam dilakukan dengan rancak,
kebenaran ajaran yang suci ini terus dinafikan oleh orang-orang


yang tidak mahu menerima kebenaran. Mereka lebih senang
dengan agama serta fahaman yang dianuti oleh nenek moyang
mereka yang terdahulu.


KESIMPULAN
Sebagai umat Islam, kita dituntut supaya menegakkan kebenaran
seperti yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunah. Dengan
berbekalkan akal fikiran yang waras, kita dapat membezakan
sesuatu perkara itu benar atau batil. Jangan sekali-kali kita menurut
hawa nafsu semata-mata, tanpa membuat penyelidikan kerana
sikap terburu-buru seperti itu akan membawa kepada kemusnahan
diri.

No comments:

Post a Comment