Wednesday 12 November 2014

Kem Cuti Sekolah








TERBUKA
YURAN RM 20.00 SAHAJA 
TEMPAT TERHAD.

 
PERCUMA 
(UNTUK ANAK-ANAK KAKITANGAN PDRM BUKIT AMAN)

 ANTARA PENGISIAN:
-Solat Tanda Bahagia - Smart Al-Quran - Mudah Tajwid - Psikologi Remaja - Teknik Wudhu dan Mandi Wajib -
Teknik Mandi Jenazah, Kafan Jenazah & Solat Jenazah - Aktiviti Luar - Smart Solat - Smart Akhlak-

Program bermula dari jam 8.00 Pagi Sehingga 5.30 Petang (tidak bermalam)
Mulai Hari Isnin (1 Dis 2014) Sehingga Khamis (4 Dis 2014)

Jamuan Makan Disediakan( Sarapan, Makan Tengahari )
Hubungi Insp Muaz di talian 013-3574533

Saturday 4 October 2014

Takbir!!


اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ، لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الْحَمْدُ.
اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ،
اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا
وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ،
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ، 
لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُوَلِلهِ الْحَمْدُ.

Friday 3 October 2014

Selamat Hari Raya 'Idul Adha

Sabda Nabi SAW,
"Empat perkara yang menyebabkan binatang korban tidak memadai (tidak sah) untuk dikorbankan; yang jelas matanya buta sebelah, yang jelas sakitnya, yang jelas tempangnya dan yang terlalu kurus hingga menampakkan tulang."

[Riwayat Abu Daud no. 2804, al-Tirmizi no. 1497, al-Nasa'i no. 4369, dan Ibn Majah no. 3144. Hadith ini hasan sahih menurut al-Tirmizi]

Taqabbalallahu minna wa minkum. 


Selamat Hari Raya 'Idul Adha 
daripada Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, isteri, dan anak-anak. 

https://www.facebook.com/drzulmuftiwp?ref=stream

Monday 22 September 2014

Program Qiamullail

MAKLUMAN: 

Jemputan Ke Program Qiamullail & Tazkirah Subuh Bulanan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 27 September 2014 (Sabtu)
Masa: 4.00 Pagi
Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Bukit Aman

Anjuran Cawangan Agama, Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman dengan kerjasama Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman.

Semoga dengan kesudian tuan/puan melapangkan masa untuk hadir akan dapat mengimarahkan lagi program tersebut.

"Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir.."


Wednesday 10 September 2014

PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID: Integriti Menurut Perspektif Islam.


Muslimin dan muslimat dijemput menghadiri Program Pengimarahan Masjid: Integriti Menurut Perspektif Islam yang akan disampaikan oleh Y.Bhg. Dr. Izhar Arif Mohd Kasim (Pensyarah Kanan UKM).

Majlis tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh/Hari: 12 Sept 2014 (Jumaat)
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman, Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur.

Semoga dengan kehadiran tuan/puan dalam mengimarahkan masjid dan menghayati majlis ilmu ini akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T.



Monday 21 July 2014

:: TIP PEMANDUAN PERJALANAN DI JALAN RAYA ::


Pulang ke rumah atau kampung halaman berjumpa dengan ahli keluarga mahupun orang yang tersayang tanpa sebarang musibah amat diharapkan.

Sikap tidak ambil kisah terhadap pemanduan di jalan raya mahupun penyelenggaran kenderaan antara penyebab kemalangan berlaku.

PDRM menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya supaya melakukan senarai semak sebelum atau semasa memulakan perjalanan.



Thursday 12 June 2014

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia 1435H/2014M

 


Bukit Aman, 12 Jun – Nordin Putet dari Kontinjen Sarawak dan Hajah Sahrom Othman dari Kontinjen Selangor dinobatkan sebagai Johan Qari dan Qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia 1435H/2014M, pagi tadi.

Tilawah Al-Quran tersebut berlangsung selama 2 hari bermula semalam dan bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran pada hari ini telah disempurnakan oleh CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM merangkap Pengerusi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan PDRM tahun ini.

“Objektif utama majlis Tilawah Al-Quran Peringkat PDRM ini diadakan adalah untuk meninggikan syiar Islam dan mendaulatkan Al-Quran sebagai panduan utama umat Islam seluruhnya dan juga bertujuan untuk menyuburkan budaya membaca dan menghayati Al-Quran di kalangan umat Islam khususnya warga PDRM,” kata Dato’ Seri Mohamad Fuzi di dalam ucapannya.

Bagi Naib Johan dan tempat ketiga disandang oleh Insp. Mohamad Sahran Dato’ Hj Termizi dari Kontinjen Kedah dan Koperal Razlee @Roslee Asmat dari Kontinjen Johor bagi kategori Qari manakala Qariah pula, Rohaya Hajar dari kontinjen Perak dan Zainab Muet dari kontinjen Kuala Lumpur masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Saturday 31 May 2014

Program Pengimarahan Masjid Bulan JUN

TAJUK
Membeli Syurga Dengan Harta

OLEH
Y.Bhg. Tuan Hj. Khairul Anam Bin Hj. Mohd Sharif
Pengurus Operasi Pusat Perunding YAPEIM

TARIKH I HARI I MASA
5 JUN 2014 I KHAMIS I 8.00 PAGI

LOKASI
DEWAN SERBAGUNA 
MASJID BUKIT AMAN



Thursday 29 May 2014

Ihya' Ramadhan

Borang Penyertaan Ihya' Ramadhan & Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa



Sepanjang Bulan Ramadhan nanti, Masjid Bukit Aman akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan yang diantaranya adalah Majlis Bacaan Tahlil, Tadarus, Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa yang memerlukan sokongan daripada Ahli Jemaah.
muat turun di sini : >  borang ihya' Ramadhan

Borang Penyertaan Ihya' Ramadhan juga boleh diambil di Pejabat Imam Masjid Bukit Aman.


Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa

Hadith :

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.(At-Tirmidzi)


Peluang ni Peluang !!!

Pihak Masjid membuka Penajaan Bubur Lambuk .Tajaan bagi satu (1) periuk besar Bubur Lambuk adalah RM 650 sahaja.

Tiada had minima penajaan ditetapkan.

Dianggarkan sebanyak 400 mangkuk bubur boleh terhasil daripada 1 periuk yang ditaja, yang mana ianya akan diedar secara percuma sepanjang Bulan Ramadhan di MBA selepas Solat Asar / Jam 5.30 Petang.



Borang-borang yang telah lengkap diisi, dikehendaki dihantar kepada Bendahari Jawatankuasa Pentadbir,  di Pejabat Imam Masjid Bukit Aman.
 
No. akaun Bank Islam : 14023010026743
Nama Akaun : Masjid Bukit Aman


Sekiranya sumbangan  berbentuk cek hendaklah ditulis atas nama Masjid Bukit Aman.

Sila emelkan resit/slip kepada (imran_h@rmp.gov.my) sekiranya sumbangan tuan / puan dibuat melalui pindahan atas talian (online) atau mesin deposit tunai (cash deposit machine

  
 

keterangan lanjut : hubungi Bendahari MBA :> En.Imran Hashim 013.4888.235

Qiamullail Mei 2014

Thursday 22 May 2014

Seminar Ibu Hamil 2014

Gambar Program

Berlangsung Seminar Ibu Hamil Tahun 2014 pada 21 Mei 2014 (Rabu) bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman

Anjuran: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Dengan kerjasama: Bahagian Agama & Kaunseling Bukit Aman & Lembaga Penduduk dnn Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)


Friday 18 April 2014

Qiamullail April 2014

Ceramah Bulan APRIL : "Terapi Zikir"


TERAPI ZIKIR : 

Program Pengimarahan Masjid anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. 

Tentatif program adalah seperti berikut :
PROGRAM PENGIMARAHAN MASJID
Tajuk : Terapi Zikir
Tarikh : 17 April 2014 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman


'Terapi Zikir' disampaikan oleh penceramah jemputan, Ustaz Dzulkarnain Hamzah. 
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Wednesday 26 March 2014

Qiamullail Mac 2014




Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) PDRM Bukit Aman dengan kerjasama Jawatankuasa Pentadbir Masjid Bukit Aman akan mengadakan Program Jom Qiamullail seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 29 Mac 2014 (Sabtu)

Masa:
3.40 pagi
- Kehadiran peserta

4.00 pagi
- Solat Sunat Tahajjud
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Witir

5.58 pagi: Azan Subuh
- Solat Subuh
- Tazkirah Subuh
- Sarapan Pagi dan Bersurai

Tempat: Dewan Solat Utama Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur

Muslimin dan Muslimat Dijemput Hadir

*Kelebihan Qiamullail

-Dimakbulkan doanya dan masin perkataan
-Tenang hati dan fikirannya
-Dimurahkan rezeki-Dihormati masyarakat
-Dilindungi Allah daripada khianat manusia
-Jika dia pemimpin, dia akan disegani
-Dan banyak lagi (Perlu difahami bahawa segala kelebihan adalah nikmat Allah bergantung kepada rahmat Allah. Allah berhak mengurniakan apa sahaja yang dikehendakiNya).

Monday 24 March 2014

SEMINAR KELUARGA BAHAGIA SIRI 1/2014



PROGRAM       :         SEMINAR KELUARGA BAHAGIA SIRI  1/2014
                                    “INDAHNYA MENGIKUT SYARIAT”

                                      ANJURAN BAKA BUKIT AMAN

TEMPAT           :           DEWAN SERBAGUNA, MASJID BUKIT AMAN.

TARIKH            :           27  MAC 2014 (KHAMIS)



OBJEKTIF PROGRAM



  1. MEMPERTINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN AGAMA WARGA PDRM DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB KELUARGA MENGIKUT AJARAN ISLAM.
  1. MENYEDARKAN DAN MENGINGATKAN KEMBALI PERANAN BERSAMA SERTA MEMBUAT PENAMBAHBAIKAN UNTUK MENJADIKAN KELUARGA YANG MENEPATI SYARIAH ISLAM.
  1. MENANGANI CABARAN RUMAHTANGGA MASA KINI YANG TERLALU KOMPLEKS SEHINGGA MEMBERI KESAN KEPADA PASUKAN.
  


CERAMAH 1 : SETIA BERSAMA KEKAL BAHAGIA
OLEH   :  Y. BHG. DR. RUBIAH BINTI K. HAMZAH

CERAMAH 2 : SOLAT BENTENG DIRI DAN KELUARGA
OLEH   :  Y. BHG. EN. SUHAIMI BIN AHMAD WAKID