Thursday 29 May 2014

Ihya' Ramadhan

Borang Penyertaan Ihya' Ramadhan & Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa



Sepanjang Bulan Ramadhan nanti, Masjid Bukit Aman akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan yang diantaranya adalah Majlis Bacaan Tahlil, Tadarus, Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa yang memerlukan sokongan daripada Ahli Jemaah.
muat turun di sini : >  borang ihya' Ramadhan

Borang Penyertaan Ihya' Ramadhan juga boleh diambil di Pejabat Imam Masjid Bukit Aman.


Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa

Hadith :

Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.(At-Tirmidzi)


Peluang ni Peluang !!!

Pihak Masjid membuka Penajaan Bubur Lambuk .Tajaan bagi satu (1) periuk besar Bubur Lambuk adalah RM 650 sahaja.

Tiada had minima penajaan ditetapkan.

Dianggarkan sebanyak 400 mangkuk bubur boleh terhasil daripada 1 periuk yang ditaja, yang mana ianya akan diedar secara percuma sepanjang Bulan Ramadhan di MBA selepas Solat Asar / Jam 5.30 Petang.



Borang-borang yang telah lengkap diisi, dikehendaki dihantar kepada Bendahari Jawatankuasa Pentadbir,  di Pejabat Imam Masjid Bukit Aman.
 
No. akaun Bank Islam : 14023010026743
Nama Akaun : Masjid Bukit Aman


Sekiranya sumbangan  berbentuk cek hendaklah ditulis atas nama Masjid Bukit Aman.

Sila emelkan resit/slip kepada (imran_h@rmp.gov.my) sekiranya sumbangan tuan / puan dibuat melalui pindahan atas talian (online) atau mesin deposit tunai (cash deposit machine

  
 

keterangan lanjut : hubungi Bendahari MBA :> En.Imran Hashim 013.4888.235

No comments:

Post a Comment