Wednesday 4 March 2015

MASJID BUKIT AMAN TERIMA VAN JENAZAH BAHARU

MASJID BUKIT AMAN TERIMA VAN JENAZAH BAHARU

Gambar sekitar Majlis Penyerahan Van Jenzah

Kuala Lumpur, 4 Mac – Pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah yang dituntut dalam agama Islam disamping menjadi tanda penghormatan terhadap jenazah.

Justeru itu, Masjid Bukit Aman bersama Tabung Yayasan Al-Bukhari telah memperuntukkan sejumlah dana bagi membeli sebuah van jenazah bagi mengantikan kenderaan sedia ada yang telah digunakan hampir 17 tahun.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan perasmian kenderaan tersebut di Bukit Aman petang tadi menyatakan dengan adanya van tersebut akan dapat melancarkan melancarkan proses penghantaran jenazah terutamanya apabila melibatkan perjalanan yang jauh ke seluruh semenanjung Malaysia.

“Saya berharap agar kenderaan yang diberikan dapat dijaga dengan sebaiknya oleh seluruh kariah masjid dan amaat berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pembelian tersebut,”katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) merangkap Pengerusi Tabung Yayasan Al-Bukhari, Senior DCP Dato’ Zubaidah Md Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Senior DCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato’ Ramli Hj. Din, Ketua Trafik Pasukan merangkap Pengerusi Masjid, Dato’ Hj Fuad Abd Latif, dan pegawai-pegawai kanan serta Ahli Jawatankuasa Masjid.

Tuesday 3 March 2015

MOHD FUAD PENGERUSI MASJID BUKIT AMAN YANG BAHARU

Lihat Gambar

Kuala Lumpur, 3 Mac – Ketua Trafik Pasukan, SAC Dato’ Mohd. Fuad Abdul Latif secara
rasminya telah dilantik sebagai Pengerusi Baharu Masjid Bukit Aman berkuatkuasa mulai hari ini.Beliau menggantikan Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), SDCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab yang akan bersara daripada pasukan pada 12 Mac ini.

SDCP Dato’ Shabudin memegang jawatan sebagai Pengerusi Masjid Bukit Aman selama tiga tahun sejak pelantikan beliau pada 14 Februari 2012.

Selama tempoh itu, beliau telah mengimplimentasikan pelbagai usaha mengimarahkan masjid yang melibatkan program keagamaan serta kerjasama dengan Bahagian Agama dan kauseling (BAKA) Polis Diraja Malaysia.

Kerjasama ini turut dipanjangkan dengan badan-badan bukan kerajaan yang melantik beberapa golongan asnaf bagi mengadakan bazaar Jumaat di perkarangan Masjid Bukit Aman pada setiap Jumaat sehingga Jun tahun ini.

Di bawah pentadbiran beliau juga, Masjid Bukit Aman juga telah melalui beberapa fasa penambaikan bagi memenuhi keselesaan pengguna dan peserta yang mengikuti kursus di sini.

Sementara itu, warga Bukit Aman juga tidak asing dengan penglibatan SAC Dato’ Mohd. Fuad kerana beliau sentiasa membantu dalam kebajikan masjid sebelum ini.

Majlis serah terima tugas pada hari ini telah disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun dan turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan PDRM serta ahli-ahli jawatankuasa Masjid Bukit Aman.