MASJID BUKIT AMAN TERIMA VAN JENAZAH BAHARU
Gambar sekitar Majlis Penyerahan Van Jenzah
Kuala Lumpur, 4 Mac – Pengurusan jenazah merupakan fardhu kifayah yang
dituntut dalam agama Islam disamping menjadi tanda penghormatan terhadap
jenazah.
Justeru itu, Masjid Bukit Aman bersama Tabung Yayasan
Al-Bukhari telah memperuntukkan sejumlah dana bagi membeli sebuah van
jenazah bagi mengantikan kenderaan sedia ada yang telah digunakan hampir
17 tahun.
Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), CP
Dato’ Seri Mohamad Fuzi Harun dalam ucapan perasmian kenderaan tersebut
di Bukit Aman petang tadi menyatakan dengan adanya van tersebut akan
dapat melancarkan melancarkan proses penghantaran jenazah terutamanya
apabila melibatkan perjalanan yang jauh ke seluruh semenanjung Malaysia.
“Saya berharap agar kenderaan yang diberikan dapat dijaga dengan
sebaiknya oleh seluruh kariah masjid dan amaat berterima kasih kepada
semua yang terlibat dalam menjayakan pembelian tersebut,”katanya lagi.
Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Jabatan Integriti dan
Pematuhan Standard (JIPS) merangkap Pengerusi Tabung Yayasan Al-Bukhari,
Senior DCP Dato’ Zubaidah Md Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan
(Latihan), Senior DCP Dato’ Shabudin Abdul Wahab, Setiausaha Polis
Malaysia, DCP Dato’ Ramli Hj. Din, Ketua Trafik Pasukan merangkap
Pengerusi Masjid, Dato’ Hj Fuad Abd Latif, dan pegawai-pegawai kanan
serta Ahli Jawatankuasa Masjid.
No comments:
Post a Comment