Sunday 25 September 2011

Jadual Kelas Pengajian al-Quran (tanpa yuran bulanan!)



Kelas Pengajian al-Quran Peringkat Asas; Masjid Bukit Aman akan memulakan siri pengajian yang baru pada 11 Oktober 2011. ( Selasa malam Rabu & Rabu malam Khamis: Selepas Maghrib )

Kelas Pengajian al-Quran Peringkat Menengah; Masjid Bukit Aman akan memulakan siri pengajian yang baru pada 3 Oktober 2011.( Isnin Malam Selasa dan Khamis Malam Jumaat; Selepas Maghrib) bertempat di Perpustakaan Masjid.Tingkat 2.

Untuk memudahkan muslimin & muslimat yang berminat untuk mengikuti kelas tersebut, tuan-tuan boleh menggunakan borang pelbagai yang terletak di ruangan terbawah blog ini.

Sila pilih samada Kelas Pengajian al-Quran > Tajwid Asas ( Pelajar Baru )
atau Kelas Pengajian al-Quran > Menengah ( Pelajar Lepasan Kelas Asas Masjid Bukit Aman ).

Maklumat yang tuan-tuan submit akan kami terima melalui email Masjid Bukit Aman.

Yuran pula boleh disampaikan kepada pihak masjid pada hari pertama kehadiran tuan-tuan di kelas tersebut.
( RM 30 pendaftaran + tiada yuran bulanan )



Tiada Had Umur.

Terbuka Kepada Lelaki & wanita

Kelas Menengah> Ustaz Hassan al-Fadhli Bin Abdul Rahman al-Hafiz
diadakan pada Hari Selasa & Rabu Jam 8.00 - 10.00 Malam 
bertempat di Perpustakaan Masjid.Tingkat 2. 



Semoga usaha kita dirahmati Allah.
Tel  03.2274.0525
Fax 03.2274.0521
masjidbukitaman@gmail.com
facebook/masjid bukit aman

8 Syawwal 1432

Friday 16 September 2011

Larangan Mencari-cari Kesalahan Dan Membicarakan Keaiban Orang Lain

Rauhah Imam al-Haddad – Larangan Mencari-cari Kesalahan Dan Membicarakan Keaiban Orang Lain
Al-Imam al-Habib ‘Abdullah bin ‘Alawi bin Muhammad al-Haddad menyebutkan didalam kitabnya an-Nashoih ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah


التحذير من التجسس والخوض في عيوب الناس
وكذلك فاحذروا من التجسُّس, وهو طلب الوقوف على عورات الناس المستورة, قال الله تعالى: وَلاَ تَجَسَّسُوْا (سورة الحجرات:١٢)
وقال عليه الصلاة والسلام: من تتبع عورة أخيه تتبع الله عورته, ومن تتبع عورته يفضحه ولو في جوف بيته..(الحديث.-رواه الترمذي وابن حبان )
وعليكم بستر عورات المسلمين والكفّ عن ذكرها وإشاعتها, قال الله تعالى: إِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ أَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِى الَّذِيْنَ أمَنُوْا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ  (سورة النور:١٩)
وقال عليه الصلاة والسلام: من ستر مسلما ستره الله في الدنيا والآخرة. (حديث صحيح رواه مسلم وأبو داود والترمذي والنسائي وابن ماجه)
ولايكثر الخوض في عيوب الناس وذكر مساويهم وكشف عوراتهم إلا كل منافق ممقوت.
والذي يجب على المسلم إذا رأى من أخيه المسلم عورة أن يسترها عليه وأن ينصحه في السر بلطف وشفقة. والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه. (حديث صحيح رواه مسلم والأربعة
)

Larangan Mencari-cari Kesalahan Dan Membicarakan Keaiban Orang Lain
Hendaklah kalian menghindari tajassus, yakni mencari-cari keaiban orang lain yang tertutup. Allah Ta’ala berfirman, 
“Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain.” (Surah al-Hujuraat:12)

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, 
“Barangsiapa yang mencari-cari keburukan saudaranya maka Allah pasti mencari-cari kesalahannya dan barangsiapa yang mencari-cari keburukan saudaranya nescaya Allah akan membuka keaibannya sekalipun -keaiban itu- di dalam rumahnya sendiri.” 
(Hadits riwayat: at-Tirmidhi dan Ibnu Hibban)

Hendaklah kalian juga selalu menutup keburukan orang-orang Islam, tidak menyebut-nyebutnya dan menyebarluaskannya. Allah Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nuur: 19)

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, 
“Barangsiapa yang menutup (keaiban) seorang Muslim maka Allah pasti menutupi keaibannya di dunia dan di akhirat.”  
(Hadits shahih diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, at-Tirmidhi, an-Nasa`i dan Ibnu Majah)

Tidaklah yang sering membicarakan keaiban orang lain, menyebut-nyebut kesalahannya dan membuka keburukannya kecuali orang-orang munafik yang dimurkai.

Kemudian wajib bagi seorang Muslim apabila melihat suatu keburukan saudaranya yang muslim, untuk menutupinya di samping menasihatinya secara rahsia dengan lemah lembut dan kasih sayang. Dalam sebuah riwayat disebutkan,
“Dan Allah selalu menolong hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya.” (Hadits shahih diriwayatkan oleh Muslim dan empat ashhab as-Sunan)

* Dipetik dari kitab Mukhtasor an-Nashoih ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah (Ringkasan dari kitab an-Nashoih ad-Diniyah wa al-Washoya al-Imaniyah) oleh Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki.

Sumber : al fanshuri.

"Kasihkan Daku"

Petikan Khutbah Jumaat Bertajuk "Tautan Kasih"
16 September 2011M / 18 Syawal 1432H


 

Friday 9 September 2011

"Tautan Kasih"

Petikan Khutbah Jumaat Bertajuk "Tautan Kasih"
9 September 2011M / 11 Syawal 1432H




Saturday 3 September 2011

"Pelaburan Berganda"

Kesimpulan Khutbah Jumaat Bertajuk "Pelaburan Berganda"
2 September 2011M / 4 Syawal 1432H ialah:

Pertama: Ramadan merupakan bulan tarbiah untuk melahirkan insan bertakwa
yang sentiasa taat kepada suruhan dan tegahanNya.

Kedua: Hamba-hamba Allah yang taat akan sentiasa didorong dan diberi
petunjuk untuk terus taat dan beribadat kepada Allah SWT.

Ketiga: Allah SWT menjanjikan ganjaran puasa sepanjang tahun bagi mereka
yang berpuasa 6 hari di bulan Syawal dan merupakan tanda kesyukuran hamba
ke atas segala nikmat yang dikurniakan.

Maksud Firman Allah S.W.T di dalam surah al-Hadid ayat 21:

“Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik)
untuk mendapat keampunan dari Tuhanmu, dan mendapat syurga yang
bidangya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang
beriman kepada Allah dan Rasul-rasulnya yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikannya kepada siapa yang dikehendakinya dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”