Saturday 23 February 2013

Siaran Langsung 'HALAQAH' (Edisi Masjid) TV9

Gambar Sepanjang Program >> klik sini<<

Bukit Aman, 22 Feb - Telah berlangsung Program Siaran Langsung ' HALAQAH' (Edisi Masjid) TV9 dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia bertempat di Dewan Solat Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur, hari ini.

Membincangkan topic ‘Makhluk Bidadari’, program pada hari ini menampilkan panel jemputan, Y.Bhg Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri (Pendakwah dan Penulis), Ustaz Ahmad Tarmizi bin Abd. Rahman dan Y.Bhg Ustaz Badli Shah bin Alaudin sebagai moderator.

Friday 8 February 2013

Sambutan Mawlidur Rasul Peringkat Bukit Aman,Pelancaran Buku Panduan Doa Majlis Rasmi & Tidak Rasmi PDRM


Gambar Majlis >> klik sini<<

BUKIT AMAN – 7 Februari 2013. 

Bertemakan ‘Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’, Sambutan Maulidur Rasul S.A.W 1434H/2013M Peringkat Bukit Aman telah berlangsung pada petang tadi, mulai jam 5.30 petang sehingga waktu Solat Isyak.

Sebanyak lapan Jabatan PDRM telah menyertai perarakan yang bermula dari perkarangan Kompleks 3, Bukit Aman ke Masjid Bukit Aman dengan bacaan selawat, memuji Allah dan Rasul. Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Seri Haji Ismail bin Haji Omar bersama Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar dan Pengarah-Pengarah PDRM turut hadir menyertai perarakan tersebut.

Perarakan dijuarai oleh Jabatan KDN/KA, tempat kedua disandang oleh Jabatan Pengurusan dan tempat ketiga, Jabatan Cawangan Khas.

Sempena majlis ini juga, Ketua Polis Negara telah melancarkan Buku Panduan Doa Majlis Rasmi & Tidak Rasmi PDRM, yang julung kalinya berjaya diterbitkan oleh Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM Bukit Aman. Ia dihasilkan oleh 10 orang panel penulis BAKA PDRM, diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (Agama) BAKA PDRM, Ustaz Che Alias bin Che Ismail dan dibantu oleh para pegawai Cawangan Agama, BAKA PDRM.

Buku setebal 131 muka surat ini, dihasilkan melalui rujukan al-Quran dan hadis beberapa buah buku panduan doa yang dihasilkan oleh Jabatan Kemajuan Islam malaysia, Mufti-Mufti Negeri, jabatan Agama islam Negeri, Imam Besar Masjid dan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Sulaman majlis ini juga, Ketua Polis Negara telah menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada dua orang tokoh, iaitu SI 69407 Ismail bin Md Amin dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan Kpl 64040 Jamaludin bin Che Mat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Gajah, Perak.

Tokoh-tokoh ini dipilih kerana telah memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan kemakmuran rakyat serta memenuhi tuntutan fardhu kifayah seperti melaksanakan tugas sebagai penasihat agama, imam, amil, khatib, disamping melaksanakan tugas-tugas hakiki.

Selepas Solat Maghrib, Ustaz Nor Hafizi bin Abdul Rahim, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyampaikan ceramah bertajuk ‘Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah’ kepada hadirin yang hadir.