Wednesday, 28 August 2013

Seminar Pemantapan Keluarga Tahun 2013


27 Ogos 2013 (Selasa) - Berlangsung Program Seminar Pemantapan Keluarga Tahun 2013 bertempat di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur. Anjuran Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PPKI) Bahagian Perkahwinan Dan Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Kuala Lumpur. Dengan Kerjasama Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) PDRM Bukit Aman.


OBJEKTIF SEMINAR:

* Meningkatkan kefahaman tentang kepentingan menghayati agama di dalam sesebuah keluarga bagi membentuk sebuah keluarga yang cemerlang dan harmoni.

* Memberikan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan sebuah keluarga di dalam melawan arus globalisasi bagi membentuk negara yang cemerlang dan terbilang.

* Memberikan penerangan tentang peranan setiap individu di dalam sesebuah keluarga sebagai satu institusi.


ATURCARA:

8.00 pagi: Pendaftaran & srapan pagi

8.45 pagi: Ceramah 1
"Mahligai Kasihku Bahagia"
Oleh: YBhg. Ustazah Zawiyah binti Hassan
Pendakwah Bebas
: Sesi Soal Jawab

10.45 pagi: Rehat

11.00 pagi: Ceramah 2
"Suami Dambaan Isteri dan Isteri Dambaan Suami"
Oleh: YBhg. Ustaz Che Hashim bin Said
Pendakwah Bebas
: Sesi Soal Jawab

1.00 tengahari: Makan Tengahari & Solat Zohor

2.00 - 4.00 petang: Ceramah 3
"Cara Mengatasi Konflik Rumahtangga"
Oleh: YBhg. Ustaz Alwi bin Parman
Pendakwah Bebas

4.00 petang: Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Sijil
Oleh: YBhg. Ustazah Kamariah binti Abdullah
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga,
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

4.30 petang: Minum Petang dan Bersurai


gambar sekitar program 

No comments:

Post a Comment