Monday 13 May 2013

MAJLIS BACAAN YAASIN DAN DOA KESYUKURAN SEMPENA PRU 13

Setelah Pilihan Raya Umum Ke 13 telah berlangsung dengan jayanya tanpa ada insiden yang menggugat keselamatan negara secara amnya. Masjid Bukit Aman telah mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Kesyukuran anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman.

Majlis diadakan tanda kesyukuran di atas kejayaan pegawai dan anggota PDRM dalam mengendalikan proses pilihan raya dengan lancar pada Ahad lepas.

Majlis bermula selepas solat Maghrib dan menyaksikan kehadiran YDH Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara dan isteri, YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri, YDH Pengarah-Pengarah PDRM, Ketua-ketua Jabatan PDRM, Pegawai-pegawai PDRM, anggota serta kakitangan awam. 


Gambar sekitar majlis

No comments:

Post a Comment