Tuesday 2 August 2011

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia Tahun 2011


Bukit Aman, 29 Julai 2011 - Majlis Tilawah Al-Quran 
Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia Tahun 
2011  telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid 
Bukit Aman bermula dari 28 hingga 29 Julai 2011.
Majlis Perasmian Penutupan Tilawah Al-Quran Peringkat
Kebangsaan Polis Diraja Malaysia Tahun 2011 telah 
disempurnakan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji 
Omar, Ketua Polis Negara pada pagi ini.
"Saya mengharapkan agar tilawah ini akan membawa 
implikasi positif terhadap pembangunan integriti 
di kalangan setiap warga PDRM, menjadi warga PDRM 
yang beriman yang melaksanakan amanah 
dengan ikhlas dan bertanggungjawab," ujar YDH Tan Sri 
Haji Ismail bin Haji Omar dalam ucapannya di majlis 
tersebut.

Seramai 16 qari dan 12 qariah telah memperdengarkan 
bacaan yang diadili jemaah hakim yang dipengerusikan 
oleh Y.Bhg. Sohibul Fadhilah Ustaz Azizan bin Shaari, 
Ketua Penolong Pengarah (Agama) Bahagian Agama 
dan Kaunseling (BAKA) PDRM. Penilaian markah-markah 
telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu Tajwid, 
Fasohah,Tarannum dan Suara.
Johan Qari telah disandang oleh Sjn Hj Mohamad 
Rozi bin Dato' Hj Tarmizi yang mewakili Kontinjen 
Kelantan, manakala Johan Qariah telah disandang 
oleh Puan Hajah Sabariah Bt Abdul Hamid yang 
mewakili Kontinjen Kedah. 

Kedua-dua johan membawa pulang hadiah wang 
tunai berjumlah RM3000 seorang bersama trofi serta 
serta hadiah iringan dan sijil penyertaan.
Dalam majlis ini juga, Piala Pusingan Tilawah yang 
lama telah diserahkan kepada Muzium Polis Diraja 
Malaysia untuk dijadikan bahan pameran.
Turut hadir YDH Datoメ Seri Khalid Bin Abu Bakar, 
Timbalan Ketua Polis Diraja Malaysia, YDH SAC 
Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah 
Pengurusan Agama dan Kaunseling (BAKA), 
YDH Dato'-Dato' Timbalan Pengarah, 
barisan Jemaah Hakim, Pegawai Kanan Polis 
dan Anggota Polis serta kakitangan awam 
Polis Diraja Malaysia.


Johan Qari dan Johan Qariah Tilawah Al-Quran 

Peringkat Kebangsaan Polis Diraja Malaysia Tahun
2011 bersama hadiah yang dimenangi.


YDH Tan Sri Ismail Bin Haji Omar menyerahkan 

Piala Pusingan Tilawah lama kepada YDH SAC Dato' 
Dr. Hashim bin Haron untuk diserahkan kepada 
Muzium Polis Diraja Malaysia untuk dijadikan bahan 
pameran.

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Shareel bin SharimanPenyunting 
: L/Kpl Edwind Indo

No comments:

Post a Comment