Friday 25 March 2011

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yasin Sempena Peringatan Hari Polis Ke 204


 
Bukit Aman, 24 Mac 2011 - Majlis Tahlil dan Bacaan Yasin sempena Peringatan Hari Polis Ke 204 telah diadakan di Masjid Bukit Aman malam tadi. Majlis yang turut dihadiri oleh Y.A.B Tan Sri Muhyiddin bin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, YDH Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara, YDH Datuk Hussin bin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg Tan Sri Norian Mai, Mantan KPN.

Majlis Tahlil ini diadakan setiap tahun dan merupakan upacara keagaamaan bagi Pegawai Polis yang beragama Islam. Bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Y.Bhg Ustaz Al Sheikh Al Sayyid Afeef Uddin Al Jailani Al Baghdadi dari Darul Jailani International. Majlis berakhir dengan jamuan selepas solat Isyak.

No comments:

Post a Comment