Sepanjang
Bulan Ramadhan ini, Masjid Bukit Aman akan menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan
yang diantaranya adalah Majlis Bacaan Tahlil, Tadarus, Majlis Khatam Al-Quran
dan Majlis Berbuka Puasa yang memerlukan sokongan daripada Ahli Jemaah.
muat turun di sini : > borang ihya' Ramadhan
Borang Penyertaan Ihya' Ramadhan juga boleh diambil di Pejabat Imam Masjid Bukit Aman.
Kelebihan Memberi Makan Kepada Orang Yang Berpuasa
Hadith :
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.(At-Tirmidzi)
Peluang ni Peluang !!!
Pihak Masjid membuka Penajaan Bubur Lambuk .Tajaan bagi satu (1) periuk besar Bubur Lambuk adalah RM 600 sahaja. Tiada had minima ditetapkan. Dianggarkan sebanyak 400 mangkuk bubur boleh terhasil daripada 1 periuk yang ditaja, yang mana akan diedar secara percuma sepanjang Bulan Ramadhan di MBA selepas Solat Asar / Jam 5.30 Petang.
Borang-borang
yang lengkap dikehendaki dihantar kepada Bendahari Jawatankuasa Pentadbir, di Pejabat Imam Masjid Bukit Aman.
No. akaun Bank Islam : 14023010026743
Nama Akaun : Masjid Bukit Aman
Sekiranya
sumbangan berbentuk cek hendaklah
ditulis atas nama Masjid Bukit Aman.
Sila emelkan resit/slip kepada (imran_h@rmp.gov.my) sekiranya sumbangan tuan / puan dibuat melalui pindahan atas talian (online) atau mesin deposit tunai (cash deposit machine)
keterangan lanjut : hubungi Bendahari MBA :> En.Imran Hashim 013.4888.235